Monday

PENYAKIT DAN HOMEOPATHY


PENYAKIT DAN HOMEOPATHY


Apabila manusia dilahirkan ke dunia ini ia akan berhadapan dengan dua kemungkinan, iaitu hidup atau mati. Jika mati habislah perkaranya di dunia ini. Tetapi jika hidup ia akan menemui sihat atau sakit, suatu keadaan yang selalu silih berganti.

Setiap kanak-kanak apabila dilahirkan ke dunia akan beriringan dengan tangis dan ibunya pula mengalami sakit beranak. Bila manusia tersalah makan, terlampau kena sejuk atau panas atau sesuatu keadaan yang melanggar peraturan alam, maka ia akan berasa tidak sedap badan, ngilu, pening dan sakit. Maka dari semenjak itulah manusia sudah mengenal sakit atau idapan. Bila selesa, berasa gembira tetapi bila sakit merasa pengazaban sengsara.

Apakah Sebenarnya Penyakit?

Definasinya begitu meluas dan sukar untuk disamakan dari satu individu ke individu yang lain kerana sakit yang sedikit sahaja akan dirasakan begitu menyakitkan bagi satu individu dan ada juga sakit yang begitu menyakitkan tidak dirasai langsung oleh individu itu!.

Sememangnya benar....Penyakit adalah suatu persepsi, illusi yang bagaikan mimpi! Ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi bagi mereka yang mempercayai penyakit itu sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku! Tersangat payah untuk dijelaskan maknanya tetapi memadailah iaitu kita jangan terlalu mengikut kata hati (akan penyakit itu) penyakit yang sedang dideritai!

Makna Penyakit - Makna penyakit didalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap keadaan kesihatan seseorang dimana sebahagian atau seluruh tubuh tidak dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akanmengalami simptom-simptom tertentu, yang mana dari segi istilah ia merujuk kepada sebarang perubahan subjektif didalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan menunjukkan tanda-tanda yakni perubahan positif yang boleh dianalisa dan diukur.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai satu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.

Pada zaman kebendaan atau material ini orang sakit mengunjungi seseorang lepas seseorang doktor, dari seorang pakar atau specialist kepada seorang specialist yang lain pula. Masing-masing telah menjalankan pemeriksaan dengan cermat ke atas pesakit dan telah banyak kedapatan ahli-ahli perubatan yang telah memeriksa itu berpendapat bahawa tiada didapati apa-apa penyakit padanya. Dalam masalah seperti ini tiada jelas kepada pesakit bahawa ia sebenarnya sedang sakit kerana para specialist telah menjelaskan tiada kedapatan apa-apa tanda penyakit mengikut kadar ilmunya, pada hal pesakit itu tidak dapat menafikan bahawa ia setiap masa dan hari merasakan sakitnya itu.

Dalam perkara seperti ini dapat memberikan ubat dengan jayanya, kerana doktor-doktor Homeopathy itu tahu bahawa yang sakit itu ialah diri orang itu, sebelum tubuh organ kasar itu menerima perubahan dan sebelum doktor dan ahli perubatan yang berpegang kepada ilmu pathology, etiology, histology dapat mengenal dan memberi nama-nama penyakit kepada orang yang datang meminta ubat itu. Orang yang sakit seperti disebutkan di atas, banyak kita dapati di zaman kebendaan atau zaman kemajuan material ini. Jikalau penyakit berada pada organ tubuh atau urat saraf barulah dikatakan penyakit.


ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.


Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrin, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angina, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.


Masaalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang, , masalah mastubasi atau onani, masalah prostat dan lain-lain.


Masaalah Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.


Masaalah Kanak-Kanak: Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar - hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.


Insyaallah kita hanya berikhtiar dan kesembuhan itu adalah hak mutlak Allah SWT




PUNCA PENYAKIT ADALAH;

LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT

Disebabkan Oleh Dadah, Antibiotik, Kuman, Virus, Kulat, Bakteria, Perasa, Pewarna, Pengawet, Racun Serangga, Udara Kotor, Asap, Hormon, Air Berklorin, Makanan Segera Dan Bermacam-macam Lagi......

Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai Bio-Energy merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh.

Apa Saja Yang Dapat Menguatkan Sistem Ketahanan Akan Secara Langsung:

MENCEGAH DAN MERAWATI PENYAKIT

BEBERAPA MASAALAH WANITA YANG SERING DI TEMUI AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.


Perlu diingat bahawa Perubatan Homeopathy ini bukan perubatan tradisional (bukan perubatan herba) atau perubatan moden yang lain.Kaedah perubatan Homeopathy berdasarkan prinsip tabi'i atau The Natural Law of Healing, iaitu ubat-ubat yang diberikan akan menggerakkan sistem pertahanan badan bagi menyerang penyakit yang hendak diubati. Rawatannya berikhtiar mengubati orang yang sakit dengan mencari dan menyembuhkan akar umbi penyakitnya dan bukan sekadar menahan rasa sakit.


Ubat-ubatan yang digunakan tidak akan mendatangkan kesan sampingan dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan wanita hamil. Ubat-ubat beracun, dadah, steroid dan ubat-ubat lain yang berbahaya tidak digunakan dalam perubatan Homeopathy.

KELEBIHAN RAWATAN CARA KAEDAH HOMEOPATHY

Homeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Natural

Tiada Kesan Sampingan

Tiada Dadah Dan Overdose

Tiada Steroid

Tiada Bahan Kimia

Sangat Berkesan Dan Selamat Digunakan

Penjimatan Dan Mudah Digunakan

Mesra Alam


HOMEOPATHIC TREATMENT SAFE AND EFFECTIVE, NO KNOWN SIDE-EFFECTS
Your Health Is Our Concern, Homeopathy Nature’s Medicine, Our Aim Is To Cure And Prevent Diseases, Homeopathy Treats Mind And Body As A Whole, Homeopathy Stimulates Vital Force, Homeo Remedies Safe And Non-Toxic, Sound Mind Gives Sound Health.




APAKAH PERUBATAN HOMEOPATHY


Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan Bio Teknologi yang telah teruji lebih 300 tahun yang lalu.


Sejak zaman Greek kuno, Hippocrate iaitu bapa Perubatan Moden, prinsip Homeopathy telah digunakan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 – 1843) warga Jerman meneruskan idea dan falsafah Hippocrate sehingga beliau mencetuskan falsafah perubatan Homeopathy, iaitu SIMILIA SIMILIBUS CURRENTUR.'Homeo' - persamaan. 'Pati' - rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan perinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'.


Homeopati atau dalam bahasa Inggerisnya Homeopathy berasal daripada dua perkataan, iaitu "homoios" dan "pathos". Homoios bermaksud "serupa" atau "seumpama"; Sementara pathos membawa maksud "penderitaan", "penyakit" atau "perasaan". Dengan kata-kata lain, homeopati merupakan suatu kaedah ataupun sistem terapeutik yang memfokuskan kepada "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa" (Similia Similibus Curentur). 


Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.Satu penyelidikan oleh seorang saintis di Perancis baru-baru ini bagaimanapun mungkin dapat mengubah pandangan pengamal perubatan cara ortodoks terhadap Perubatan Homeopathy. Penyelidikan oleh Prof Jacques Benveniste dari Institut Penyelidikan Perubatan Perancis itu bukannya dilakukan bagi pihak Homeopathy tetapi hasilnya, yang dicontohi oleh saintis lain, mungkin dapat mempengaruhi mereka yang tidak yakin terhadap Homeopathy untuk lebih memandang tinggi sistem perubatan alternatif itu.


Prof Benveniste menjalankan penyelidikan mengenai manusia dengan membuat ujikaji kesan beberapa antibodi atas sel darah putih manusia.Apabila digerakkan oleh alergen, sel itu akan menghasilkan sejenis bahan kimia dinamakan "histamines" yang menyebabkan rasa tidak selesa secara fizikal kepada seseorang penghidap rinitis alergik (hay fever) atau asma. Bagi menentukan banyak mana antibodi yang digunakan dalam penyelidikan itu boleh menyebabkan reksi itu. Prof Beveniste memulakan proses pencairan yang didapati menghasil keputusan yang yang sangat memuaskan. Beliau mendapati walaupun pencairan yang sedikit ( sepertimana cairan ubat homeopathy) ia tetap menyebabkan sel darah putih menghasilkan 'histamines'.Seseorang yang tahu prinsip Homeopathy tidak akan merasa hairan dengan penemuan ini kerana biasa begini adalah biasa bagi mereka. Pada awal tahun 1800 Dr. Samuel Hahnemann dari Germany telah membuktikan bahawa ubat-ubat yang dihasilkan dari dos-dos yang kecil dan halus itu mampu menyembuhkan penyakit-penyakit yang diderita manusia mengikut apa yang belaiu namakan sebagai undang-undang keserasian atau similar similibus curentur.


Seorang pakar Homeopathy antarabangsa telah membuktikan kejayaan-kejayaan penyembuhan pada ubat-ubat Homeopathy ialah kerana 'kuasa dinamis' yang halus yang ada pada ubat-ubatan Homeopathy bertindak lebih berkesan dari mana-mana ubat yang dihasilkan secara pati atau 'crude form'. Prof Dr Jugal Kishore, seorang doktor peribadi kepada Presiden India, telah menyatakan bahawa ubat-ubat Homeopathy yang dilarutkan pada kadar 1: 99 bahagian air sulin dapat mengerakkan tenaga hayat manusia untuk memberi penyembuhan.Pada tahun 1980 pembuktian tindak balas ubat Homeopathy dengan dos yang kecil merangsang dayatahan pesakit kearah penyembuhan telah dibuktikan pula oleh Dr Mary Blackie, seorang doktor peribadi kepada Ratu England Queen Elizabeth, dimana beliau menyatakan pembuktian unggul Homeopathy adalah 'pemyembuhan' yang dapat diceritakan sendiri oleh pesakit-pesakit kepada anda.


Dr Geoge Vithoulkas dari Amerika Syarikat pula telah membuktikan secara saintifik bahawa kuasa penyembuh ubat-ubat Homeopathy terletak kepada keunikan yang ada pada ubat-ubat Homeopathy yang dihasilkan mengikut teori atom dimana semakin halus sesuatu sifat ubat itu, semakin bertenaga satu-satu ubat itu digunakan terhadap manusia.


Keluarga Diraja England misalnya mengamalkan seni perubatan ini sejak zaman Permaisuri Victoria lagi.Perubatan Homeopathy terus maju di Jerman pada tahun 1807 dan berkembang luas hingga ke Austria (1835), Hungary (1817), Bohemia (1817), South Amerika (1818), Denmark (1821), Italy (1821), USA (1823), Great Britain (1823), Sweden (1826), China (1826), Spain (1827), Peranchis (1829), Jepun (1830), India (1835), Afrika (1838), Ceylon (1838), Cuba (1842), Canada (1850), Australia (1850), Belgium (1851), Jamaica (1870), Mexico (1883), Rusia (1823). Masyarakat di Malaysia dan Singapura mula mengenali Homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Burhanuddin Helmy.