ARNICA MONT D4 (Gouty Arthritis)
Penawar homeopathy yang diformulasi dengan gabungan alam semulajadi dalam rawatan untuk menyembuhkan penyakit sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi yang dikenali sebagai Gout.
Penyakit artritis gout senang dikenali kerana setiap serangan membawa rasa yang amat sakit dimana diikuti oleh kebengkakan pada bahagian sendi tersebut. Sendi yang terlibat itu akan bengkak disebabkan pengumpulan kristal urik asid di bahagian sendi tersebut terutamanya di sendi di bahagian bawah jari kaki. Serangan arthritis gout yang akut pada bahagian bawah ibu jari kaki dikenali dengan panggilan podagra. Sendi-sendi yang turut terjejas oleh gout termasuk buku lali, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku.
Setiap serangan penyakit gout biasanya melibatkan salah satu daripada sendi-sendi yang telah dinamakan di atas. Ianya lain daripada penyakit artritis yang lain, di mana beberapa sendi akan diserang sekaligus.
Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang menghidapi gout.
Sendi-sendi yang terlibat dengan masaalah gout
Kini anda boleh dapatkan penawar Gout yang dirumus khas secara Homeopathy yang lebih berkesan dengan kaedah alam semulajadi.
Harga Promosi : RM50
Kuantiti : 30ml
Info Gout
- Apabila asid urik terus berkumpul pada sendi dan tisu ia mewujudkan tophi iaitu benjolan.
- Gout terbahagi pada dua iaitu secara tiba-tiba (akut) dan kronik iaitu berpanjangan.
- Gout cenderung berlaku pada mereka yang berusia antara 35 hingga 50 tahun tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.
Faktor Gout
- Pemakanan mengandungi protein purina tinggi,pengambilan alkohol dan kekurangan air dalam badan,daging merah,organ-organ dalaman haiwan seperti hati.Makanan laut seperti ikan bilis,sardin,kekacang dan produk tenusu seperti keju,susu dan airkrim.
- Genetik dan berat badan berlebihan.
- Pengambilan ubat aspirin dan diuretik berlebihan yang meningkatkan asid urik dalam darah.
- Individu yang mengalami masaalah ginjal,tekanan darah berkemungkinan besar mendapat gout.
Rata-rata penghidap gout mengakui serangan penyakit tersebut cukup menyeksakan.Mereka bukan sahaja perlu berpantang makan bahkan tanpa pengawalan yang betul,gout boleh merosakkan buah pinggang dalam jangkamasa panjang.