Tuesday

Laman Utama







TERIMAKASIH DIATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN ANDA

TAWARAN HARGA PROMOSI DITERUSKAN


Pada hari ini ramai dikalangan masyarakat kita mencari alternatif yang terbaik bagi pencegahan serta merawat pelbagai jenis penyakit dengan kaedah yang lebih selamat.

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan pada masa kini di Malaysia, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa.

Kini Perubatan Homeopathy telah di iktiraf oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Nilai pasaran dunia dalam Perubatan Homeopathy dijangka mencecah 11 billion menjelang tahun 2017. 

Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy adala satu sistem perubatan gaya ‘Sunnah’.Perubatan Homeopathy menolak penggunaan bahan beracun atau dadah serta bahan penekanan (suppression) dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan 'Bio Teknologi' yang telah teruji lebih 300 tahun yang lalu. Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.

Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan ‘Tenaga Hayat’ (Vital Force) supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan Vital Force dan mengembalikannya kepada kekuatan yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga kepada alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit. Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai ‘Bio-Energy’ merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh.


Perubatan Homeopathy adalah kumpulan sistem perubatan 'Sunnahtullah' atau di barat di istilahkan 'Back To Nature' yang meletakkan manusia sebagai insan yang ada fizikal, mental dan emosi.

Perhatian

PERUBATAN HOMEOPATHY ADALAH USAHA YANG MENYEMBUHKAN YANG MENYIHATKAN YANG MENCERDIKKAN YANG MENCANTIKKAN  ADALAH ALLAH

Harga yang ditawarkan di blog ini adalah harga promosi sahaja dan harga akan kembali kepada harga asal sehingga diberitahu.