Monday

SOALAN PELANGGAN

SOALAN LAZIM YANG BIASA DITANYA OLEH PELANGGAN

Diruang ini kami menyediakan beberapa soalan yang biasa ditanya oleh para pengguna. Diharapkan dengan adanya ruangan ini sedikit sebanyak akan terjawab segala pertanyaan anda dan bagi pengguna yang ingin memberikan maklumbalas sila hantarkan email kepada kami.

Walau bagaimana pun pihak kami sedia menjawab semua soalan-soalan lain yang dikemukakan. Semua soalan yang dipaparkan diruangan ini boleh dijadikan sebagai rujukkan penggunaan produk ataupun info yang boleh dikongsikan bersama. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami.


Berapa harga Phyto dan R79?
Harga Phyto RM50 sekotak dan R79 RM60 sekotak termasuk kos Poslaju hanya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tawaran harga promosi sampai bila?
Sehingga kini 2015 tawaran harga promosi diteruskan atas permintaan ramai.   

Bagaimana nak order produk?
Sila bayar melalui ke Akaun Maybank Nahar bin Sharif no akaun 162-106-126-183 atau CIMB 1244-000-555-2204 selepas itu message  nama, alamat, produk dan no HP ke HP saya 013-388 2545.

Berapa lama produk yang dipesan melalui pos akan sampai?
Semua produk yang di pesan akan dihantar melalui Poslaju dan kebiasaannya akan mengambil masa 2 hari waktu bekerja. Tiada penghantaran pada hari JUMAAT.

Ada tak diskaun kalau saya order banyak?
Sebenarnya harga yang ditawarkan di blog ini adalah harga promosi dan telah diberikan diskaun. Anda boleh bandingkan harga di mana-mana laman web yang lain.

Berapa lama boleh nampak kesan?
Bagi produk untuk kurangkan berat badan iaitu Phyto dan R79, adalah bergantung kepada individu. Maklum balas daripada pengguna adalah berbeza.Ada yang amalkan produk ni hanya 2 minggu saja dah nampak perubahan dan berat badan turun sehingga 5 kg. Ada juga yang amalkan sehingga 1 hingga 3 bulan baru nampak perubahan dan ada yang kata berat badan maintain saja.


Bahaya tak amalkan Phyto, R79, R59 dan Amm Brom D10?
Seperti yang telah diberitahu kedua-dua produk ini adalah rumusan homeopathy dan diiktirafkan oleh WHO maka ianya selamat dimakan. Tiada bahan kimia dan sebarang dadah.Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan kesihatan dan bukan ubat.

Boleh tak makan Phyto, R79, R59 dan Amm Brom D10 serentak?Sebenarnya anda tidak digalakkan mengambil produk ini serentak.Kebiasaannya anda dinasihatkan ambil Phyto dan R79 dulu kemudian sekiranya tiada kesan penurunan berat badan baru ditambah dengan R59 atau seterusnya Amm Brom D10.Sila dapatkan konsultasi daripada pihak kami terlebih dahulu.

Ada tak tindakbalas semasa pengambilan Phyto dan R79?
Ya memang ada umpamanya selera makan mungkin akan bertambah beberapa hari kerana ini adalah proses biasa pembakaran lemak sebab lemak yang berlebihan telah dibakar. Jadi ada kemungkinan akan rasa dahaga.Banyakkan minum air kosong. Setakat ini belum ada pengguna yang cirit-birit, sakit perut atau kerap buang air besar atau berlaku perkara yang boleh memudharatkan.

Kenapa apabila mengambil Phyto dan R79 selera makan makin bertambah?
Memang benar ada sesetengah individu akan bertambah selera makan semasa permulaan pengambilan kedua-dua produk ini.Walau bagaimana pun ianya adalah tindakbalas sistem badan kerana telah berlaku proses pembakaran lemak.Anda tak perlu bimbang kerana ia adalah bersifat sementara sahaja. 


Kenapa bila ambil Phyto dan R79 saya jadi sembelit atau susah buang air besar?
Jangan bimbang kerana ini adalah proses tindakbalas yang berlaku kepada sesetengah individu dan ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Anda hanya perlu minum air yang cukup dan sekiranya masaalah berlanjutan sila kurangkan dos pengambilan Phyto dan R79 atau berhenti buat beberapa hari kemudian sambung semula pengambilan seperti biasa.


Sekotak Phyto dan R79 tu untuk berapa lama?
Kedua-dua produk tu sekotak untuk 2 minggu sahaja.


Apa perbezaan produk-produk ni?
Phyto (jenis tablet/pil) dan R79 (jenis kapsul). Cara makan adalah ditelan.
R59 dan D10 adalah jenis cecair yang perlu dititiskan kedalam air kosong dan di minum.

Ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak boleh ke makan?
Phyto dan R79 tidak sesuai pada ibu-ibu yang mengandung 3 bulan keatas dan tidak sesuai bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.


Adakah pengambilan Phyto, R79, R59 dan D10 boleh menyebabkan sukar hamil?
Tidak takde masalah sekiranya berterusan mengamalkan semua produk ini.

Bolehkah ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mengambil Phyto dan R79?
Tidak sesuai dan tidak digalakkan kecuali bayi yang sedang disusukan itu berumur lebih daripada setahun. 

Ada pantang tak semasa pengambilan produk ni?
Sebenarnya tiada pantang semasa amalkan Phyto dan R79 cuma tolong jarakkan masa 30 minit sekiranya ada mengambil ubat-ubatan lain, merokok, makanan dan minuman (kecuali air kosong).

Bolehkah mengambil Phyto dan R79 sewaktu 'period'?
Kedua-dua produk ini boleh diamalkan walaupun sepanjang waktu 'period'. Ianya tidak mengganggu kedatangan 'period'.

Boleh ke ambil Phyto dan R79 bersama ubat atau produk lain?
Boleh tetapi hendaklah dijarakkan masa lebihkurang 30 minit sebelum ataupun selepas mengambil ubat-ubat atau produk lain.

Bagaimana pula kalau madu dimakan bersama Phyto dan R79?
Takde masaalah kalau makan madu kerana ia tidak mengandungi sebarang campuran bahan lain. Jadi tak perlu jarakkan masa. 

Boleh tak Phyto dan R79 di ambil serentak?
Cara makan Phyto dan R79 adalah ditelan serta boleh diambil serentak bersama segelas air kosong.

Adakah Phyto dan R79 boleh menyebabkan gastrik yang teruk dan sentiasa lapar?
Sebenarnya pengambilan kedua-dua produk ini tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan yang memudharatkan atau boleh menyebabkan terjadinya penyakit lain seperti mandul, kanser dan lain-lain.

Apakah perbezaan antara Phyto dan R79 serta fungsi utamanya?
Phyto adalah lebih tertumpu kepada pembentukkan badan seperti mengecilkan bahagian badan terutama di perut dan pinggang, paha dan lengan serta bahagian badan yang banyak lemak terkumpul. Bagi R79 pula ianya berfungsi dibahagian dalaman sistem badan seperti kolesterol yang tinggi dan pemecahan lemak tepu yang degil.

Adakah pengambilan Phyto dan R79 akan mengganggu sistem hormon? 
Sebenarnya anda tidak perlu risau kerana kedua-dua produk ini adalah selamat dan tidak mengganggu sistem hormon. 

Adakah R59 dan D10 diambil untuk kanak-kanak?
Boleh bagi semua peringkat kanak-kanak dari setahun keatas kalu sekiranya ada masaalah berat badan yang berlebihan.

Bilakah masa yang sesuai bagi pengambilan Phyto dan R79
Masa yang sesuai adalah 30 minit sebelum makan seperti sarapan pagi,makan tengahari atau makan malam.

Boleh diteruskan pengambilan Phyto dan R79 semasa demam?
Sebaiknya berhenti dulu dan berikan laluan kepada ubat demam dahulu.Teruskan pengambilan Phyto dan R79 apabila sembuh atau sihat.

Saya mengamalkan pil perancang, boleh ke ambil Phyto, R59, D10 dan R79  ?
Sebenarnya produk homeopathy tidak mengganggu pengambilan ubat-ubatan yang lain.Tiada masaalah nak teruskan pil perancang cuma jarakkan masa pengambilan kedua-dua ubat ini lebihkurang 30 minit sebelum atau selepas.

Bolehkah ambil R79 sekiranya ada tekanan darah rendah?
Takde masaalah boleh ambil R79 walaupun ia untuk merawat masaalah tekanan darah tinggi.

Kalau saya ade buat implan boleh tak ambil Phyto, R79, R59 dan D10?
Takpe boleh takde masaalah.

Bagaimana pengambilan Phyto, R79, R59 dan D10 semasa bulan puasa?
Pengambilan boleh diambil selepas berbuka puasa atau sebelum tidur waktu malam dan selepas bersahur.

Ada tak cara makan tertentu yang disyorkan untuk mendapat kesan yang lebih baik?
Phyto dan R79 ditelan bersama segelas air yang telah dititik R59 atau D10 sebanyak 7 hingga 8 titik.Sebaiknya gunakan air kosong,mineral atau air kosong suam.

Kalau ambil R59 atau D10 boleh cepatkan penurunan berat badan tak?
Kebiasaannya ambil Phyto dan R79 saja telah mencukupi tetapi bagi individu yang susah nak turunkan berat walaupun dah cube Phyto dan R79 mereka boleh tambah dengan r59 aatau D10


Hantarkan email untuk sebarang maklumbalas dan sebarang pertanyaan anda tentang produk ini ke zrhomeopathy@gmail.com